LOADING...

Profil Syarikat

GAS PANTAI TIMUR SDN BHD

Selamat Datang Ke Gas Pantai Timur Sdn Bhd

GAS PANTAI TIMUR SDN BHD (GPT) didaftarkan pada 30 Mei 1980. GPT bergiat dalam pembuatan dan pembekalan gas perubatan dan industri di seluruh Semenanjung Malaysia dan telah beroperasi selama hampir 40 tahun. GPT kini mempunyaidua (2) loji pemprosesan gas yang terletak di Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa, Kelantan dan sebuah loji baru sedang dibina di Kawasan Perindustrian Gopeng, Perak. GPT mempunyai rangkaian logistik yang luas di Semenanjung Malaysia melalui depot bekalan dan pengedaran di Wilayah Utara (Pulau Pinang), Wilayah Selatan (Johor), Wilayah Timur (Pahang & Kelantan) dan Wilayah Tengah (Perak dan Selangor). Kilang pertama GPT di Kota Bharu telah dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad yang merupakan YAB Perdana Menteri Malaysia pada tahun 1980.

GPT mempunyai Sistem Pengurusan Kualiti yang diwujudkan melalui pensijilan Amalan Pengedaran Baik untuk Peranti Perubatan (GDPMD) yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Peranti Perubatan Malaysia (MDAM). Ini memastikan GPT memenuhi piawaian dari segi penyimpanan dan pengedaran peranti perubatan.

Sentiasa memberi keutamaan untuk mencapai tahap pengeluaran yang produktif, berkualiti dan berkuantiti.

Kami akan terus memantau dan memastikan syarikat lebih terarah, bermatlamat di samping menitikberatkan tatakerja, keselamatan dan semangat kerjasama serta mengamalkan sistem pengurusan bersistematik dan profesional.




Galeri Syarikat

dynamic image gallery using javascript